met membaca

slamat datang ,slmt membaca bagi yang mw tambah inpormasi

Selasa, 09 November 2010

islam mengajarkan seni yang indah



Seringkali kita mendengar pendapat yang mengatakan kesenian tidak ada kaitan dengan agama Islam malah mengharamkannya secara mutlak. Mereka menyeru ke arah kehidupan yang mengharamkan senyuman di mulut, kegembiraan di hati, menegah perhiasan dan perasaan cinta kepada keindahan dalam apa jua bentuk.Pada hal perkara ini tidak mempunyai asas daripada agama.Mereka beranggapan seni merupakan urusan luar dari Islam. Sebenarnya mereka yang menerima pendapat sedemikian bererti menentang atau menafikan sifat tabi’i alam dan fitrah diri manusia sendiri yang mana perasaan seni yang tumbuh dalam diri manusia merupakan anugerah tabi’i dari Allah yang amat berharga.

Pada diri insan Allah kurniakan jiwa, akal dan indera yang tiap-tiap satu berfungsi dan memerlukan tuntutan –tuntutan yang prrlu dipenuhi bagi kesempurnaan keinsanannnya. Jiwa menuntut kerohanian, akal menuntut keilmuan dan indera menuntut kesenian. Sedang tiap-tiap bidang pula tidak berdiri sendiri-sendiri tetapi bersatu pada puncaknya di lautan intelek dan falsafah mencari kebenaran.
 
Agama Islam mengharuskan perasaan cinta kepada kesenian dan keindahan. Allah sentiasa menyeru manusia supaya memerhati keindahan yang terdapat dalam alam ini. Tamadun Islam telah menghidupkan pelbagai jenis seni dan seni-seni ini telah berkembang dalam tamadun Islam sehingga menjadi tamadun Islam sebagai sebuah tamadun yang unik dan berbeza dengan tamadun-tamadun lain. Al-Quran menceritakan keindahan langit (Qaf, ayat 6), keindahan bumi yang terbentang luas (Qaf, ayat 7), keindahan kejadian haiwan ( al-Nahli, ayat 6), keindahan ciptaan manusia (al-Taghabun, ayat 3 dan al-Infitar, ayat 7-8)

Islam adalah agama yang berdasarkan realiti kehidupan. Ia memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia keseluruhannya sama ada aspek rohani, jasmani, pemikiran ataupun perasaan. Islam menuntut agar unsur-unsur ini dilaksanakan secara keseluruhan dalam skop yang sederhana yang dibenarkan oleh agama iaitu tidak telalu boros dan melampau dan tidak pula kikir dan sempit.

Seni adalah sebahagian daripada kebudayaan. Din al-Islam meliputi agama kebudayaan, maka dengan sendirinya kesenian merupakan sebahagian din al-Islam. Ia juga diturunkan untuk menjawab fitrah, naluri atau keperluan asasi manusia yang mengarah kepada keselamatan dan kesenangan.

Firman Allah yang bermaksud : “ Wahai anak-anak Adam, pakailah perhiasan kamu keika waktu sembahyang. Makanlah dan minumlah dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak mengasihi orang yang berlebih-lebihan. Katakanlah “ siapakah yang mengharamkan perhiasan Allah yang dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya dan rezeki yang baik.” (al-A’raf, ayat 31-32)

Perhiasan Allah menggambarkan unsur-unsur keindahan yang disediakan oleh Allah kepada hamba-hambanya di samping unsur-unsur manfaat yang terdapat pada makanan yang baik.

Keindahan itu sebahagian dari seni. Ini bermakna Islam tidak menolak kesenian. Al-Quran sendiri menerima kesenian manusia kepada keindahan dan kesenian sebagai salah satu fitrah manusia semulajadi anugerah Allah kepada manusia.Seni membawa makna halus, indah dan permai. Dari segi istilah, seni adalah sesuatu yang halus dan indah lagi menyenangkan hati serta perasaan manusia, tidak kira sama ada ia ciptaan Allah ataupun yang dihasilkan oleh fikiran, kemahiran, imaginasi dan perbuatan manusia. Dalam pengertian yang lebih padu seni adalah nilai halus, indah, baik, berguna dan bermanfaat kepada manusia.

Menurut buku The Hutchincon Encyclopedia, 1977 Edition, seni secara umumnya bermaksud semua proses dan produk kemahiran manusia, imiginasi dan ciptaan iaitu sesuatu yang berlawanan dengan sifat semulajadinya. Di dalam penggunaan semasa, seni didefinisikan sebagai sesuatu kriteria yang estetika dan ia meliputi kesusasteraan, muzik, drama, lukisan dan ukiran. Dalam Kamus Dewan ia bermaksud sesuatu karya sama ada sajak, muzik yang diciptakan dengan bakat kecekapan ataupun hasil daripada sesautu ciptaan.Herbert Read di dalam bukunya The Meaning of Art mengatakan seni sebagai percubaan untuk mencipta sesuatu yang menyenangkan hati kerana perasaan yang menyenangkan hati itu merupakan perasaan yang mengalami keindahan. Oleh itu, sesuatu objek yang diciptakan untuk menimbulkan keindahan bukan sahaja bertujuan untuk digunakan tetapi ia bertujuan supaya keindahan itu dapat melahirkan rasa dihargai, mengembirakan dan menyenangkan hati.

Drs Sidi Gazalba dalam bukunya Pandangan Islam tentang Seni menjelaskan bahawa seni adalah sebahagian daripada kebudayaan yang dicetuskan oleh sesuatu kelompok manusia kerana setiap kelompok masyarakat mempunyai fitrah semulajadi yang cinta kepada seni yang menyenangkan hati melalui pancaindera yang lima. Oleh itu, manusia dikatakan sebagai makhluk seni yang cinta kepada sesuatu yang selamat, memuaskan dan memberi kepuasaan hati melalui pancaindera rasa. Islam telah menyediakan asas-asas yang kukuh dalam kelahiran seni yang bernilai keislaman terutama dari segi jiwa yang menyuluh ke arah seni tertinggi. Seni di dalam Islam merupakan persoalan mendatang, tumbuh dan berkembang subur bersama perkembangan budaya menerusi ruang zamannya selepas melalui siri pembentukan. Penyesuaian dan penghalusan yang selaras dengan nilai Islam.

Kesenangan dan kepuasaan merupakan salah satu daripada tuntutan naluri manusia. Kesenangan dan keindahan dapat dilahirkan ke alam kenyataan melalui bentuk-bentuk tertentu sama ada artifak-artifak yang berbentuk seni bina, seni hias, seni bunyi, seni kaligrafi, seni sastera dan lain-lain. Kesenian bukanlah sesuatu yang mati, tetapi ia merupakan sesuatu benda yang hidup dan bernafas dengan mekarnya, rasa yang tumbuh dalam sanubari manusia dari satu masa ke semasa. Melihat keindahan sebagai sesuatu yang menyenang, menyeronok dan menghibur adalah didasarkan pada tanggapam lahir di bawah martabat nafsu yang rendah sifatnya. Manakala yang melihatnya dari sudut hakikat yang filosofik dan metafizik maka ia sebagai realiti yang mutlak. Tahap ini bukan melihat keindahan bukan semata-mata melalui keindahan mata dan pengalaman indera lahir tertapi melalui mata batin, iaitu melalui akal dan jiwa yang dapat menikmati keindahan yang hakiki. Tanggapan ini adalah saluran yang boleh membawa kepada hidayah Allah mengenali bahawa keindahan itu adalah realiti sifat Allah yang hakiki. Di dalam hal ini, Imam al-Ghazali dalam Kimya al-Sa’adah menjelaskan bahawa keindahan itu terbahagi kepada keindahan lahir yang bersifat inderawi yang dapat dialami bukan saja oleh anak-anak bahkan binatang dan keindahan batin yang hanya dapat ditanggapi oleh mata hati dan cahaya jiwa. Keindahan seni dari sudut ini bukan semata-mata memberi kepuasan inderawi tetapi merupakan salah satu wasilah untuk mendekatkan diri kepada Allah. Sesungguhnya keindahan alam adalah nisbi dan manifestasi Allah yang bersifat Abadi. Jika keindahan alam yang bersifat sementara itu dikagumi, maka keindahan yang Abadi itu seharusnyalah berlebih-lebih lagi.

Hadith nabi yang bermaksud: “ Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Dia suka kepada keindahan.” (riwayat Muslim dalam kitab al-Iman)

Konsep kesenian mengikut perspektif Islam ialah membimbing manusia ke arah konsep tauhid dan pengabdian diri kepada Allah. Seni dibentuk untuk melahirkan manusia yang benar-benar baik dan beradab. Motif seni bermatlamatkan kebaikan dan berakhlak. Selain itu, seni juga seharusnya lahir dari satu proses pendidikan bersifat positif dan tidak lari dari batas-batas syariat. Seni Islam ialah seni yang bertitik tolak dari akidah Islam dan berpegang kepada doktrin tauhid iaitu pengesaan Allah dan seterusnya direalisasikan dalam karya-karya seni. Ia tidak bercanggahan dengan akidah, syarak dan akhlak. Perbezaan di antara seni Islam dengan seni yang lain ialah niat atau tujuan dan nilai akhlak yang terkandung di dalam sesuatu hasil seni itu. Ini berbeza dengan keseniaan barat yang sering mengenepikan persoalan akhlak dan kebenaran. Tujuan seni Islam ialah untuk Allah kerana ia memberi kesejahteraan kepada manusia. Dengan ini, seni Islam bukanlah seni untuk seni dan bukan seni untuk sesuatu tetapi sekiranya pembentukan seni itu untuk tujuan kemasyarakatan yang mulia, itu adalah bersesuaian dengan seni Islam. Kesenian Islam dicetuskan dengan niat untuk mendapat keredaan Allah sedangkan kesenian yang tidak berbentuk Islam diciptakan untuk tujuan takbur, riak, menaikkan nafsu syahwat, merosakkan nilai syarak dan akhlak. Karya seni dikehendaki mengandungi nilai-nilai murni yang melambangkan akhlak, atau paling tidak bersifat neutral iaitu bebas daripada sifat negatif. Jika sekiranya terdapat nilai-nilai negatif walaupun yang menciptakannya itu beragama Islam, maka ia terkeluar daripada kategori seni Islam.

Lois Lamya al-Faruqi mengatakan bahawa kesenian Islam itu bukanlah terhad kepada ciptaan atau bangunan yang berunsurkan keagamaan semata-mata. Kesenian juga meliputi semua hasil ciptaan yang dihasilkan melalui kemahiran dan mempunyai nilai estetika dan menyampaikan perutusan Islam tidak mengira sama ada digunakan untuk tujuan keagamaan atau tidak. Oleh itu, peranan seni yang paling penting bagi masyarakat Islam terletak pada kebolehannya memperkuatkan tauhid di kalangan ummah. Maka segala bentuk seni dan hiburan serta riadah hendaklah tunduk kepada ajaran tauhid sepertimana aspek kehidupan yang lain. Dengan pengertian yang padu seni yang Islamik adalah seni yang mengungkapkan sikap pengabdian kepada Allah. Kesenian menurut pandangan Islam ialah kesenian yang terpancar dari nilai tauhid, syariat dan akhlaknya, Kesenian Islam tidak dikatakan seni dan indah jika terkandung di dalamnya unsur-unsur yang bercanggah dengan nilai-nilai keislaman.

Seni Islam mestilah mempunyai hubungan dengan pandangan wahyu Islam yang mempengaruhi seni secara langsung dan seluruh seni Islam umumnya. Seni Islam terpancar daripada wahyu Allah iaitu al-Quran dan hadith nabi. Ia bererti bahawa seni harus berada di bawah lingkungan dan peraturan wahyuNya. Tanpa kedua-duanya maka ia bukanlah kesenian Islam. Seni Islam bukan sahaja diciptakan oleh orang-orang Islam tetapi kerana ia berlandaskan wahyu ilahi. Sehubungan dengan itu, Sayyid Qutb menjelaskan bahawa Islam tidak anti seni. Ia telah meletakkan, menambahkan dan menyempurnakan aprisiasi dan nilai-nilainya, guna terciptanya aprisiasi dan nilai-nilai baru yang berdaya mampu menambahkan rasa seni yang kreatif membentuk kesenian Islam.


Yang paling menonjol di bidang seni sastra adalah syair, prosa, kisah dan lainnya dari seluruh jenis seni sastra, karena Rasulullah SAW sendiri pernah mendengar syair dan menaruh perhatian padanya. Di antaranya adalah qasidah Ka'ab bin Zuhair yang terkenal dengan judul "Baanat Su'aadu," yang di dalamnya terdapat "GhazaI." Dan qasidahnya Nabighah Al Ja'di. Beliau berdoa untuknya dan mempergunakan syair tersebut untuk berkhidmah pada dakwah dan membelanya. Sebagaimana beliau juga pernah mempergunakan sebuah syair sebagai dalil, dalam sabdanya, "Perkataan yang paling benar diucapkan oleh penyair adalah perkataan Lubaid":
"Ingatlah !, bahwa segala sesuatu selain Allah itu bathil." (HR. Muttafaqun 'Alaih)
Para sahabat Rasulullah SAW juga berdalil dengan mempergunakan syair, dan dengan syair pula mereka juga menafsirkan makna Al Qur'an. Bahkan di antara mereka ada yang pakar di bidang syair ini. Sebagaimana diceritakan dari Ali ra, bahwa ada sejumlah imam sahabat yang pakar di bidang syair.
Sebagian besar para imam adalah penyair, seperti Abdullah bin Mubarak, Imam Muhammad bin Idris Asy-Syafi'i dan yang lainnya. Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya di antara sebagian bayan adalah sangat menarik." (HR. Malik, Ahmad dan Bukhari)
"Sesungguhnya di antara bayan itu menarik, dan sesungguhnnya di antara syair adalah bernilai hikmah." (HR. Ahmad dan Abu Dawud)
Yang dimaksud oleh hadits tersebut adalah bahwa sesungguhnya di sana ada sebagian syair yang tidak termasuk hikmah, bahkan berlawanan dengan hikmah. Seperti syair orang yang memuji kebathilan dan kebanggaan yang palsu, sindiran yang memusuhi dan ghazal (bermesraan) yang vulgar dan yang lainnya dari syair-syair yang tidak sesuai dengan norma-norma akhlaq dan nilai-nilai kemuliaan.
Karena itu Al Qur'an mencela para penyair yang tidak bermoral yang sama sekali tidak mengenal akhlaq. Hal itu dijelaskan dalam firman Allah SWT
"Dan penyair-penyair itu diikuti oleh orang-orang yang sesat. Tidakkah kamu melihat bahwasannya mereka mengembara di tiap-tiap lembah, dan bahwasanya mereka suka mengatakan apa yang mereka sendiri tidak mengerjakannya ? Kecuali orang-orang (penyair-penyair) yang beriman dan beramal shaleh dan banyak meryebut Allah dan mendapat kemenangan sesudah menderita kezhaliman. Dan orang-orang yang zhalim itu keluar akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali." (Asy Syu'ara': 224-227)
Sya'ir dan sastra secara umum atau lebih umum lagi seni, mempunyai tujuan dan fungsi, yang keberadaannya tidak sia-sia. Yakni sya'ir dan sastra serta seni yang mempunyai komitmen terhadap nilai-nilai kebenaran.
Adapun perubahan-perubahan yang muncul dalam dunia syair dan sastra pada umumnya, maka tidak mengapa terjadi percobaan dan perkembangan dan saling mengambil dari selain kita selama itu masih sesuai dengan keyakinan yang kita pegang. Yang penting adalah tujuannya, dan isi serta fungsinya.
Bangsa Arab dahulu ahli dalam menciptakan syair-syair seperti "Al Muwasy-syahaat" dan jenis lainnya. Oleh karena itu tidak mengapa kita menerima adanya perubahan-perubahan baru di bidang syair (puisi) modern.
Demikian juga bangsa Arab dahulu pada masa-masa keislaman telah membuat berbagai bentuk karya sastra seperti "Maqamaut" dan kisah-kisah fiksi seperti "Risaalatul Ghufran" dan "Seribu Satu Malam." Mereka juga menerjemahkan karya orang lain seperti "Kalilah dan Daminah" dan dari kalangan Mutaakhiruun telah mengarang Malaahim Sya'ibiyah, seperti kisah "Antarah" dan sirah Bani Hilal dan yang lainnya.
Pada masa kita sekarang ini kita bisa memperbarui kembali syair-syair itu dan kita ambil dari selain kita selama itu bermanfaat untuk kita, seperti sandiwara, cerita dan kisah atau cerpen.
Yang ingin saya tekankan di sini adalah pentingnya kita berpegang teguh pada bahasa Arab fushah (yang fasih) dan berhati-hati dari berbagai upaya jahat yang menghibur kita dengan berbagai dialek bahasa pasaran yang beraneka ragam pada bangsa Arab. Karena itu bertujuan untuk dapat menjauhkan ummat Islam dari Al Qur'an dan As-Sunnah, sebagaimana juga dapat memecah belah dan mengkotak-kotakan secara teritorial yang itu sangat diinginkan oleh kekuatan-kekuatan yang bermusuhan dengan Arab dan Islam.
Bahasa fushah adalah bahasa yang mudah difahami oleh khalayak umum, bahasa mass media, koran, radio, televisi dan bahasa sehari-hari.
Sebagaimana juga, bahasa fushah adalah bahasa yang mendekatkan antara orang-orang Arab dengan ummat Islam yang lainnya, yang sedang belajar bahasa Arab. Karena mereka tidak mempelajari bahasa Arab kecuali yang fasih, dan tidak bisa memahami kecuali dengan bahasa fasih.
Telah disampaikan kepada saya dalam berbagai kesempatan beberapa pertanyaan seputar masalah seni Islam seperti sandiwara dan kisah, di mana seorang penyusun skenario itu menampilkan berbagai aktor atau adegan yang bukan sebenarnya, apakah ini termasuk bohong yang diharamkan menurut syari'at?
Jawaban saya adalah, "Sesungguhnya itu tidak termasuk bohong yang dilarang, karena para pendengar mengenal dengan baik dan tahu betul bahwa maksudnya bukan memberitahu para pembaca, pendengar atau pemirsa kalau peristiwa itu benar-benar terjadi. Itu semua mirip dengan kata-kata atau suara yang ada pada burung dan hewan. Dia merupakan bentuk seni dan seakan pengucapan binatang yang diperankan oleh manusia. Sebagaimana Al Qur'an menceritakan bicaranya semut atau burung Hud-hud di hadapan Sulaiman AS, tentu keduanya tidak berbicara dengan bahasa Arab fasih seperti Al Qur'an, akan tetapi Al Qur'an menerjemahkan apa yang diucapkan oleh keduanya pada saat itu."

Tidak ada komentar:

Posting Komentar